Wednesday 11 January 2012

Its too sexy!! Nice body..Proton di mana??


Huh. Dah lama tak berbicara tentang dunia kenderaan roda 4 yang ini. Nama kereta ni Veloster Turbo dari Hyundai. Dulu study automotive so sangat familiar la dengan dunia kenderaan.
Bukan la nak berbicara tentang pengalaman lalu. Cuma nak berbicara tentang keindahan dan teknologi kereta ini. Apa yang cool bentuk body dia. Ranggi, macho dan sporty habis. Apa yang lagi gila cool bila mana enjin kereta 1.6 ni menggunakan 'turbocharged'. Pasti bunyi bersinnya menambahkan lagi ke'gah'an kereta ini.
Tapi kereta ini mempunyai 2 pintu. Tak sporty la kan kalau 4 pintu. Kereta ni sangat sesuai untuk mereka yang bejiwa muda. Ala kalau dah tua tapi jiwa masih muda lagi pun boleh pakai kereta ni.
Hyundai adalah jenama kereta dari Korea Selatan. Memasuki pasaran Malaysia dengan design - design yang sangat biasa (tak menarik langsung). Sehingga lah kini kereta telah mengeluarkan design - design yg sangat awesome!. Hyundai juga bukanlah jenama kereta mewah seperti BMW, Mercedes or Audi. Dengan design yang menarik ini pasti ia dapat memikat peminat kereta sporty coupe ini.
Sebagai rakyat Malaysia kita juga pasti suka kalau kereta kita menjadi sebutan dan pilihan orang ramai. Adalah menjadi 1 kebangaan kepada rakyat Malaysia. Proton, pengeluar kereta nasional pertama Malaysia. Yang sudah bertapak sekian lama pasti mempunyai pengalaman dalam bidang automatif. Pasti punya cara memikat pembeli dia dalam dan luar negara.
Tapi sayangnya, apa yang proton buat untuk mereka jadi pilihan pembeli - pembeli especially rakyat Malaysia. Kerajaan mengenakan cukai secara gila vavi ke atas kereta luar. Jadi kereta yang murah dan mampu untuk dimilik ialah kereta Proton. Bagi pasaran luar negara pula proton memberi harga yang begitu rendah dengan kualiti yang superb berbanding kualiti pasaran dalam Malaysia.
Persaingan yang kurang bagus. Kerajaan dan Proton mendera rakyat dengan cara yang halus. Apakan kereta Malaysia tak dapat bersaing jika kerajaan Malaysia tidak mengenakan cukai yang gila vavi!?? Mana designer - designer Proton, tak dapatkah menghasilkan kereta seksi - seksi. Bila la kereta Malaysia boleh beat dengan kenderaan lain di pasaran luar. Selain dari menguat keuntungan dengan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam
p/s : harap - harap Proton leh improve kualiti kenderaannya :).. Adios..