Tuesday 8 May 2012

Bersih 3.0 dari skrin mata aku

Assalamualaikum

• Bersih 3.0 baru sahaja berlalu. Diadakan secara global di seluruh dunia. Tidak hanya tertumpu di KL dan Malaysia sahaja. Ini memandangkan rakyat Malaysia mulai sedar tentang kesuburan demokrasi di Malaysia. Jika dilihat secara logiknya di dalam 8 tuntutan 'Bersih' tersebut tiada 1 pun tuntutan yang memihak kepada mana-mana parti ianya lebih kepada merefomasikan SPR, badan yang menguruskan pilihanraya di Malaysia.

• Kenapa perlu demonstrasi?? Kenapa tak menggunakkan pendekatan lain?? Soalan ini sering ditanya. Sebelum 'Bersih' diadakan pada tahun 2008 pelbagai permintaan, perbincangan melalui pelbagai saluran tetapi hasilnya tiada. Dari Bersih 1.0 ~ Bersih 3.0 kerajaan masih tidak lagi merefomasikan SPR.

• Kenapa perlu 'Bersih'?? Dalam permainan dan perlawanan tanggungjawab pengadil adalah sangat penting. Pengadil tidak lah boleh bersikap 'bias' terhadap kedua belah pihak. Dah nama pun pengadil mesti la kena adil. So apa salahnya tunaikan tuntutan 'Bersih'. Melainkan dah memang berniat untuk main tipu or menang tipu dalam pilihanraya..

• Bersih 3.0 ganas ??!!. Bersih diadakan 80 lebih tempat yang berasingan. Semua tempat tiada keganasan berlaku. Kecuali di KL. Provokasi menjadi faktor polis bertindak ganas. Ini masih lagi dalam siasatan. Kalau Bersih 3.0 ganas kenapa tempat yang lain tiada berlaku keganasan.

• Setalah melihat lambakan youtube, keganasan polis terhadap peserta demo. Keganasan polis yang hilang rasa kasih kepada manusia bermula ketika khabar angin tentang kematian seorang polis tersebar, sengaja disebarkan bagi menaikan semangat kebinatang pihak polis yang ditugaskan untuk mengawal 'Bersih' pada 28 april lalu. Dalam kita melakukan tanggungjawab terhadap kerja kita, kita jugak tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T

• Ya. Di dunia kamu boleh perlakukan manusia sesuka hati kamu, kamu boleh pukul hingga berdarah, pengsan, cedera. Kamu ada kuasa. Tapi di akhirat nanti kamu akan di azab.

• "Korang sokong bersih, Ambiga kat rumah tepuk tangan!!". "Sokong la kafir tu!!". Ni ayat-ayat yang aku dengar. Ni ayat orang bodoh !! Ingat mudah ke nak suruh 250ribu orang turun sokong 'Bersih' kalau tak kerana sebab 8 tuntutan 'Bersih'

• Contoh, Harimau Malaya dikemudi K.Rajagopal. Kalau mengikut ayat-ayat orang bodoh ni, jadi rakyat Malaysia tak perlu la sokong Harimau Malaya sebabnya Harimau muda dikemudi oleh orang kafir. Bagi orang yang tak bodoh pulak mereka akan faham bukan K.Rajagopal yang disokong tetapi pasukan Harimau Malaya yang membawa cabar Malaysia.

• Di tempat kerja lain pula jadinya. Ada la seorang kawan ni. Dia ni kira atas pagar, tak sokong mana-mana parti. Tapi dia ada beli baju 'Bersih' sebab dia paham apa tu tuntutan 'Bersih'. Dia pun pakai la. Kat rumahnya ada bapa mertua yang berkunjung, bapa mertua dia ni org kuat umno. Dipendekkan cerita, pulang lah si bapa mertua ker rumahnya lalu di ceritakan kepada adik ipar kawan aku ni. Adik ipar kawan aku pembantu tadbir di pejabat umno. 2-3 hari lepas tu, si isteri kawan aku ni nak mintak cerai kat dia sebab pakai baju 'Bersih'. Adeh..sampai tahap macam tu..

• Apa-apa pun aku memberi sokong penuh Bersih 4.0 kalau ianya diadakan dan berharap SPR dapat direfomasikan

Adios !!!
Sent by -fahmi- from my BlackBerry® Smartphone