Wednesday 19 December 2012

Pergaduhan Kaum di River Farmer..

Kecoh baca kat twitter n facebook pasal kes pergaduhan kaum kat Sg. Petani. Macam - macam komen yang aku baca. Ada yg doa, ada yang maki hamun, ada yang jadi tukang 'nasi tambah'. Macam - macam ada. Dari aku baca tweet PDRM n fb PDRM sumanya okay. Keadaan terkawal n polis masih dalam siasatan. Tapi yang aku tak tahan wartawan - wartawan yg tak bertauliah duk sebar khabar angin melalui media sosial. Kalau macam ni, benda kecik pun boleh jadi besar. Pastu sebar benda yang kita tak tau kesahihan pun boleh jatuh fitnah nnt. Stop la sebar khabar angin. Buat keja yang berfaedah sikit. Okay..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Lelaki Disyaki Dera Kanak-Kanak Ditahan

ALOR SETAR – Polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sehingga mati di Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V Saravanan berkata suspek ditahan pukul 3 pagi selepas polis mempunyai bukti kematian Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar akibat didera.

Hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati selain kesan lebam pada anggota badan dan kesan cubitan pada kemaluan, ususnya juga cedera teruk manakala pankreas putus, katanya kepada pemberita, di sini.

Dalam kejadian semalam, Muhammad Faiz yang dijaga teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini, dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ke sebuah klinik berhampiran namun disahkan meninggal dunia.

Menurut ibu mangsa, Norhafiza Othman, 25, ketika kejadian beliau sedang bekerja di sebuah restoran di Jalan Pegawai di sini dan meminta teman lelakinya itu menjaga kanak-kanak berkenaan pada pukul 12 tengah hari. – BERNAMA


p/s : Teruknya bf mak dia !! Teruk lagi mak dia !!


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday 17 December 2012

Bayi terkena badi mayat

JAGA-JAGA

BAYI TERKENA BADI MAYAT
( Diceritakan oleh ibu bayi sendiri )

Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.

Ya Allah ! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah...katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital SHah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah swt. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Banner demo perkerja CIMB yang sempoi..

Ada banyak lagi banner tapi wa pilih yang ni sebab ayatnya menarik.. Gambar perkerja CIMB buat demo kat KL.. Demo pasal apa?? Wa pun tak tahu..


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday 16 December 2012

Cari dana untuk pengadu domba !! Utusan Meloya..

Kah kah kah.. Serius tak boleh blah. Dalam englishnya 'cannot go'.. Apa kejadahnya siap ada tabung untuk bantu utusan meloya lagi. Puiii.. Ni suma kerja perkasa la ni.. Berahim katak punya arahan la ni.. Apa punya turrr.. Pastu siap arahkan org melayu kena beli utusan meloya.. Aku ingat utusan meloya ni duk tabur fitnah sana sini, spin sana sini ingt dah ada dana sendiri nak bayaq duit saman.. Rupanya tak.. Ni mesti kes paper dah tak laku.. Sampai siap ada dana.. Sapa la nak beli paper fitnah, menipu, merapu ni.. Buang duit.. Tak paedah baca bahan sampah.. Aku kalau ada org sua tabung ni.. Mau kena maki dengan aku.. Kalau dah utusan meloya menipu kita pulak bagi sumbangan utk dorg terus menipu.. Apa maknanya.. Itu maknanya kita bersubahat dengan pemfitnah.. Tak pasal-pasal dapat sikit saham pemfitnah.. Niat bersedekah dah baik tapi dapat dosa..

p/s : kalau ada org datang sua tabung ni, korg tak payah sedekah duit. Korg sedekah ja maki.. Itu lebih baik.. Keh keh keh




Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saturday 15 December 2012

Utusan meloya kitab suci penganut ugama melayu !!

Surat khabar yg penuh dengan adu dombanya.. Menipu ja kerjanya.. Asyik kalah kat mahkamah dan disaman selalu.. Aku panggil kitab melayu ni utusan meloya.. Sebab isi kandungannya memang meloyakan.. Uweeekkk muntah hijau bebb.. Aku pun tak paham mcm mana ada lagi org baca utusan ni.. Kredibilti depa sebagai akhbar dah memamg tercalar gila-gila.. Dah la tu tiup plak angin perkauman.. Memang bungul lah.. Aku tak tau berapa byk dah depa rugi sebab bayar saman, berapa byk plak untung, sebab aku tengok dah tak berapa laku. Tapi yg penting utusan meloya ni tak bankrap-bankrap gak.. Dakyah dia memang selalu memenangkan kerajaan walaupun terpaksa menipu.. Ciss takda etika kewartawanan langsung.. Dah banyak kali kantoi pun tak reti-reti lagi nak tobat !!. Tapi yg tak tahan tu.. Ada lagi yg percaya sampai dah tahap dilembukan pun depa duk baca lagi.. Kesian kesian kesian..



p/s : Bila la aku nak kena fitnah dengan utusan meloya neh. Teringin gak nak dapat puluh puluh ribu..





Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Oppa Referee style.. Hey !! Harimau Malaya..

Saingan Harimau Malaya di Piala AFF Suzuki dah pun habiss.. Dihabiskan oleh sang Gajah Perang. Kalah 2-0 beb. Sama jaringan macam kalah time friendly sebelum saingan AFF bermula.. K orait.. Time friendly bagi alasan eksperimen. K kalah 2-0.. Ranking pun jatuh. Sebab FIFA tak kira hang nak buat ujikaji ke, eksperimen hapa ke.. Setiap game international ada membawa point utk ranking. Tapi kekalahan semalam time kaki kedua, di Thailand. 2-0.. Macam 100% letak atas kepala referee.. Yup memang diakui referee killing the game.. Ada ke patut dia bagi 2nd yellow card kat Fadzli Shass.. Tak patut.. Tak la kalau la referee dah kena bayaq. Bagi wa la, kesalahan yang paling besaq ialah King Gopal.. Pasaipa?? Pasai dia failed dalam pemilihan player.. Absolutely wrong !! Tengok la Spain dia pilih player dia mcm mana.. Dia amik dari team yang top kat liga dia.. Barca & Real.. Bukan apa.. Bila amik dari 1 team yg sama chemistry yg wujud antara player tu dah ada. Cuma pengendali kena buat homework technical & technique utk lengkap team tu. Ni tak, dah la tak main selalu bersama. Time tu la baru nak buat eksperimen bagai. Ingat King tu Raja.. Still human being.. Bukan super human nak buat suma dlm masa yg singkat.. Pendapat aku lerr.. Kekalahan semalam atas sebab pemilihan player yg tak betoi.. Tapi player pun ada share gak dlm kekalahan tersebut.. Bukan la nak cari salah sesiapa ni pendapat masing-masing.. Apa-apa pun.. Selamanya selamanya Harimau Malaya alelelelele..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network