Saturday 24 March 2012

Cantiknya !!

Fuhh..cantiknya awan berserak berlatarkan langit biru. Suka tengok keindahan alam ciptaan Allah S.W.T

Friday 23 March 2012

Bahasa Melayu Ku

Assalamualaikum geng !!!

♦ Sekarang ni dah jarang posting kt Facebook, buka pun just baca² jer. Selain daripada tengok perkembangan rakan². Wa baca info pasal bola dan politik. Ronda punya ronda kat Facebook wa baca 1 komen mamat melayu kat fanpage Arsenal "At Arsenal, we don't buy superstars, but we make them.." . Ni page omputeh punya, so suma orang kat page ni guna bahasa inggeris masa komen. Hingga la wa terbaca komen mamat melayu ni. Tajuk post page ni menceritakan tentang pemain Arsenal. 'Ryo miyaichi' yang tak minum arak. Suma fans Arsenal puji player arsenal ni, sebab tak amik alkohol termasuk la mamat melayu tu, puji gak. Tapi dia komen dalam bahasa melayu. So mamat omputeh yang lain tertanya-tanya n nak tahu apa yang mamat melayu ni komen. Mamat melayu ni tak balas pon, sebaliknya ada sorang mamat omputeh ni amik ayat melayu tu dan dia google translate, then dia pulak yang explain kat mamat omputeh yang lain. Wa sebagai pembaca, terus rasa bangga sebab omputeh sendiri susah payah translate bahasa melayu. Hebat kan bahasa melayu :)

♦ Kisah kedua yang buat wa bangga dengan bahasa melayu ialah masa dalam bus dari Johor ke Penang. Dalam bus tu ada orang cina, orang india. Ada satu ni, makcik india dengan makcik cina berbual. Diorang dah sgt tua jugak la. Tapi dorg fasih berbahasa melayu. So nak tak nak dorg kena gak bahasa melayu. Kalau tak mesti jadi ayam dengan itik bersembang dua² tak faham. Pastu sebelah wa pun ada brader cina n india dok bersembang dorg pun guna bahasa melayu. Lagi sekali wa rasa bangga :) bahasa melayu ku..

♦ Kisah ketiga ni yang buat aku tak berapa rasa nak bangga. Tempat kerja wa ada sorg chemist baru masuk. So banyak la benda dia nak tahu so dia tanya la technician² lain pasal kerja. Chemist ni org cina tapi dia sangat fasih berbahasa melayu, so suma org sembang dalam bahasa melayu. Tapi ada sorg lab technician ni. Nama dia hafidz, dia kalo chemist tu tanya dia atau bersembang mesti dia speaking london. Lelama chemist cam heran kenapa bila si hafidz bila ckp dengan dia sorg ja hafidz speaking london. Chemist ni tanya la kat lab technician yang lain apasal si hafidz ni cakap macam tu dengan dia. Lab technician suruh chemist tu tanya sendiri kat si hafidz. Nak tahu apa jawapan si budak hafidz ni..dia cakap selama ni dia cakap dengan kitaorang dan technician² lain dalam bahasa melayu dia tak berapa faham..lol..selama ni si melayu hafidz ni tak faham cakap bahasa melayu rupanya, apasal tak cakap bahasa inggeris ja dengan kami..huh malu kut kalau orang melayu sendiri tak faham bahasa melayu. Cina lagi pandai dan faham cakap bahasa melayu. Ni la akibatnya berlagak, tapi bagi alasan yg sgt kurang bijak :p


p/s : Hang beranak tang mana?? London?? Hang sekolah tang mana?? United kingdom?? Haha.. Aku punya la bangga dengan bahasa melayu, tup..tup..mamat sorg ni..adehhh..



Sent by -fahmi- from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 21 March 2012

Buletin Utama TV3 super annoying..

• Bodoh shial buletin utama ni, makin hari makin bangang. Tu yang aku perasan. Tak tau pulak rakyat jelata yang lain.

• Hari-hari tayang berita yang memperbodohkan rakyat jelata. Sapa yang perasan tu untunglah dah tahu tapi bagi yang tak tahu. Anda dah kena bodohkan. Sian...

• Aku tak tahu mana nak letak standard kewartawanan di Malaysia ni. Di kaki aku?? Di mangkuk tandas or di pusat perlupusan sampah?? Alahai.. Hina tau tak?? Hina..

• Aku percaya setiap berita yang di'spin'kan warga maya dah tahu perkara/sebenar. Sebab tu la buletin utama tv3 kelihatan super annoying. Sekarang dah ada youtube, twitter facebook, blog dll

• But depa still nak jaja bahan fitnah even warga maya dah tahu. Why ?? Sebab sasaran depa warga kampung yang hanya bergantung pada berita di tv untuk segala maklumat. Tak patut..tak patut tipu orang kampung.

• Yang paling bodoh bertingkat macam mangkuk tingkat buletin utama selamba tayang aksi lucah. Ya Allah. Dah tak tahu dosa pahala ni..

• Malas dah aku nak komen panjang² kat TV3 a.k.a sarkis neh :p

• Tengok buleh, okay.. Tapi jangan sesekali diperbodohkan



Sent by -fahmi- from my BlackBerry® Smartphone

Friday 16 March 2012

Omai..omai..futsal :p

Malam ni kecewa pun ada, sedih pun ada. Aish.. Tak tau la nak terjemahkan. Ceritanya bermula 1 month ago. Time team futsal wa lawan satu team ni, lupa plak nama team ni. Tapi ni siap ada coach. Depa main pun okay. Best la jugak tapi team kami lagi best kot. Hihi..

Main sub., well. Team wa kena dulu. Wa pun masuk. Gelecek sana sini, sepak sana sini. Goal.. My 1st goal wa tunduk humble pas score. Goal.. 2nd goal wah dah mula senyum tanda puas. 3rd goal wa menjerit sikit. 4th goal wa celebrate sambil kepakkan dada, wah belagak gila. Top scorer wa malam tu. Mmg wa cakap besar lepas match. hahaha..

Match malam tadi, team yang we all beat nak revenge balik. Wa sub. lagi. Tup tup wa punya team dh kena 6 - 1. Baru la wa main. Wa mmg dah takda fitness, sebulan tak main futsal, jogging pun tak. Main punya main wa dah tentu arah. Sempat wa mengasari dan dikasari. Wa dapat score 1 bijik jer. Aduyai itu bukan aku yang sebenar. Aku out sebab penat sangat. Team wa kena beat teruk.

Ni la akibatnya cakap besar :(



Sent by -fahmi- from my BlackBerry® Smartphone