Sunday 31 July 2011

OpsRamadhan dari Gaysec

Assalamualaikum

Entry sblm ni wa ada cita psl GaySec hack website 1Malaysia dgn tujuan nk alert admin n webmaster ttg kelemahan security website mereka..tp len pula misi dorg di bln ramadhan neh..ni wa quote dr fb mereka..


" #OpsRamadhan:
Kami akan memulakan operasi amalan pahala pada awal bulan ramadhan selama sebulan sehingga hari raya aidifitri. #OpsRamadhan adalah salah satu projek kami untuk melakukan #jihad kepada agama islam, Kami akan dedahkan beberapa maklumat individu yang dikenalpasti sebagai 'anti islam' pada setiap hari isnin satu minggu sekali. ALLAHUAKHBAR!!! "

So nnt kita tgk maklumat sapa yg dorg akn dedahkan..tunggu...

Adios..



Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Arsenal, Boca berkongsi mata..

Arsenal menunjukkan beberapa kelemahan pertahanan..dh mcm Malaysia plak.. Arsenal terpaksa berpuas hati seri 2-2 menentang Boca Juniors selepas membazirkan dua gol mendahului lwn pd Emerites cup..Robin van Persie dan Aaron Ramsey telah melegakan Arsenal dgn jaringan 2-0 menentang lawan dr club Argentina, tetapi mereka melakukan kesilapan pd separuh ms kedua oleh Sebastien Squillaci dan Johan Djourou membolehkan Boca untuk menyelamatkan seri..hmm..✗kan nk ikot skrip season lps..
Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Singapore website hacked, Safee Sali photo inside

Assalamualaikum

Uolz..what I see..I got from twitter, Safee Sali photo appear at http://www.singaporecarsonline.com/


Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Saturday 30 July 2011

Ribut tiba-tiba di PD

PORT DICKSON, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.

Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.

p/s : wa ✗nk komen manyak..ribut ni dtg dgn tiba²..kalo ✗tiba² jabatan meteorologi msti taw punya ada ribut sbb event neh PM pn ada..




Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Friday 29 July 2011

Bukan hab minuman berkarbonat tp hab arak!!!

Malaysia hab minuman berkarbonat


2011/07/22

(Berita Harian) ASAHI Group Holdings Ltd, iaitu pengeluar minuman ringan terbesar Jepun akan menjadikan Malaysia sebagai hab bagi perniagaannya di Asia Tenggara susulan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam Permanis Sdn Bhd.

Syarikat itu semalam memeterai perjanjian dengan CI Holdings Bhd bagi membeli Permanis, yang kini adalah pengeluar minuman berkarbonat kedua terbesar di negara ini dengan jenama utama Pepsi dan 7-up pada harga RM820 juta.
"Pengambilalihan ini membolehkan kami bertapak dalam pasaran minuman berkarbonat Malaysia dan kemudian menggunakannya sebagai pusat bagi peluasan perniagaan ke rantau Asia Tenggara," kata Asahi Group dalam kenyataannya kepada Singapore Stock Exchange semalam.


p/s : ala Malaysia kn masuk ranking 10 negara yg kuat minum arak..tu yg asahi masuk meniaga kt sini..
Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Harimau Malaya tewas dgn Singa!!!

Huh!!..Malaysia kalah aggregate 6-4..1st leg Malaysia kalah 5-3..n mlm ni Malaysia seri 1-1..wa mmg ✗tgk match..tp wa taw..ketiadaan syafiq sedikit melemahkan bahagian tengah Malaysia..syafiq playmaker bg team Malaysia..apa pn sbg penyokong harimau malaya..wa terima kekalahan ni dgn hati terbuka..adat la kn..ada mng ada kalah..kalo kelayakan utk world cup 2014 Brazil ni Harimau malaya dh ✗layak..tp jgn lupa kita masih ada harimau lg..harimau muda..utk kelayakan sukan olimpik..dh masuk pusing grouping dh pn..apa² kita harus terus menerus menyokong pasukan Malaysia..apa yg wa nk point kt sini..ttg perlawanan mlm ni..coz wa ✗dpt update mcm 1st leg..anyway..ni yg wa nk highlight kan..
1. Player Singapore suka jatuh..✗taw la kowt depa ✗pandai main kt padang real..sori kt sini ✗da padang main kanak² mcm kt Singapore..tp wa taw..dorg blakon..great actor for Singapore player..2 in 1..sbgai pemain bola sepak dan sbgai pelakon pemain bola sepak..
2. Player harimau malaya yg menyerlah pd match neh..safee sali..khairul fahmi..kuna..congrats..yg len pn ok gak..tp defends kurang lg..kena improve lg..bg byk pendedahan.. blaja dr kesilapan..dan bkn suruh blaja bt kesilapan, ye..
3. Kalo korg nk taw..nama 'Khairul Fahmi Che Mat' masuk worldwide trending..mcm ✗pcya..bkn sng nk parking kt situ..aritu #bersihstories dpt masuk worldwide trending gak..ramai yg tweet nama khairul fahmi sbb tu masuk trending..n knp org tweet nama dia..bcoz di perform mlm neh..
4. Laser!!..lg² laser..aku dh mula fed up dgn penyokong yg suka main laser..ni budak² ke apa neh..menyusahkan org..aku percaya laser tu dtg dr penyokong Malaysia sendiri..nk ker negara luar label Malaysia negara laser..or harimau laser!! Nk ker mng dgn cara mcm ni..malu kowt..kamon la..bkn election jer kita perlu bersih..bola pn kita patut bersih..sng ckp..suma aspek kena bersih..
5. Apa² pn wa bangga dgn rakyat Malaysia yg dtg memenuhkan stadium..dgn penuh semangat kesukanan..terbaek lah..Malaysian!!
6. Haha..ni wa pelik sket..kalo away harimau malaya sarung jersi kaler biru..home pn kaler biru gak..mna jersi home kita??kaler kuning..baru la real harimau malaya..ni kaler biru..dh mcm doreamon plak..hehe..
Adios....
Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 27 July 2011

Apa selepas 9 Julai

SHAH ALAM, 26 Julai: Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.

SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya.

Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".

Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.

Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.

Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.

Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana tiada pengesahan kematian dari waris kepada JPN.

"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.

Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.

Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."

Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.

"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.

"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.

Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.

Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.

Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.

"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.

Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.

"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful.
Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Biometrik vs Dakwat kekal

(Utusan Malaysia) - Penggunaan sistem pengimbas cap jari atau biometrik kini menjadi isu perbincangan masyarakat. Kepada kerajaan ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

Tetapi kepada pakatan pembangkang, mereka melihat sudut negatif kerana bimbang sistem itu boleh disalahgunakan untuk warga asing turut menjadi pengundi.

Pemikiran sebegini seolah-olah mahu menafikan apa sahaja pembaharuan untuk menambahbaik sistem pilihan raya negara kita. Sedangkan pihak pembangkang yang beria-ia mahu satu sistem yang lebih baik digunakan untuk pilihan raya akan datang.

Mereka juga yang sering mendakwa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini.

Jadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu laksanakan sistem biometrik ini agar dapat mengatasi dakwaan-dakwaan berkenaan.

Kepada kerajaan, teruskan usaha untuk menambahbaik SPR.

Kerajaan pun sudah bersetuju memberi peruntukan kepada SPR bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi berdaftar pada pilihan raya nanti.

Pun begitu, pembangkang tidak akan bersetuju dengan cadangan dan buah fikiran kerajaan dan SPR selagi ia bukan datang daripada idea mereka.

Bagi mereka pilihan raya yang adil mesti memenuhi lapan perkara dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2).

Sebenarnya, tanpa demonstrasi atau perhimpunan Bersih pun kerajaan akan sentiasa berusaha menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini dari semasa ke semasa.

Oleh kerana sistem biometrik ini masih baru di negara kita, maka elok SPR memberi taklimat bagaimana proses operasi, apa tindakan pencegahan penipuan dan apa keberkesanannya kepada masyarakat.

Lakukan kajian secara terperinci mengenai sistem biometrik. Antara perkara yang SPR perlu buat kajian ialah kecekapan infrastruktur jalur lebar dan talian internet ketika berlangsungnya hari pengundian.

Mungkin di kawasan bandar tiada masalah tetapi bagaimana kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, malah kawasan luar bandar di Semenanjung pun ada yang masih belum menerima kemudahan jalur lebar.

Perkara penting yang perlu dielakkan ialah jangan diulangi kegagalan penggunaan dakwat kekal di peringkat akhir pada pilihan raya umum lalu setelah dihebohkan pelaksanaannya. Penggunaan dakwat kekal nampaknya masih menjadi salah satu tuntutan Bersih 2.

Kita harap sistem biometrik dapat membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik dan pantas.

Sistem biometrik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan digunakan oleh SPR dikatakan tidak boleh ditembusi kepada penyalahgunaan oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.

Namun begitu pakatan pembangkang awal-awal lagi berkeras menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Kebimbangan pembangkang ialah bolehkah masalah isu pengundi hantu atau mengundi lebih daripada sekali dikesan.

Dalam operasi pilihan raya, semua wakil parti politik yang bertanding turut menjadi pemerhati pilihan raya. Mungkin seseorang pengundi boleh memberi kad pengenalan palsu, atau bercukur janggutnya tetapi dia tidak boleh menukar maklumat dalam biometrik.

Kita berharap pelaksanaan sistem biometrik ini dapat berjalan lancar.

p/s : utusan fraud many time..not too orthodox cause didn't accept this biometrik system..but this system had disadvantage..it not solve phantom voter...and I vote for permanent ink..

You lies to us..You make great mistake!!
Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Gaysec.net dh hack web 1Malaysia.com.my

Assalamualaikum..

Wa ada like 1 page kt fb..nama page neh GaySec..gaysec ni adalah 1 organisasi yg akn meng'hack'..mna² web bg tujuan menguji sistem security web..agar webmaster n admin web tersebut slalu berwaspada dan meningkat kn sistem security web tersebut..utk makluman...web 1Malaysia..iaitu web kepunyaan PM korg yg tersyang tuh..telah pn di hack..tp apa² pn aku respect dgn dorg neh..sbb tujuan dorg nk myedarkan..ala manusia neh..kalo ✗gegar sket..duk lena ja..haha..

Utk pgthuan gak..gaysec ✗smpai sejam bjaya meng'hack' web 1Malaysia..dan dorg gak komen web ² di Malaysia neh mempunyai tahap keselamatan yg sgt rendah..sblm neh web ohartis juga telah di hack..k..selain itu gaysec neh akn berenti seketika di bulan Ramadhan neh dari mguji mna² sistem security web di Malaysia..n dorg akn smbung slps Aidilfitri..

Wslm..
Posted by phahme via my BlackBerry® Smartphone

Saturday 23 July 2011

Wa layan bola..Malaysia vs Singapore..

Minit pertama..Malaysia dh gol..safee sali..2 kali shoot..yeah!!

Spore try masuk sblh kiri..tp ✗leh masuk..change side..masuk sblh kanan..ada peluang..

Spore asyik dpt free kick jer..ala..Spore gol..gol mudah..aish..1-1

Spore control game..main kt pdg tiruan..kelebihan bg Spore..Malaysia main sket keras..

Spore try..bahaya..Malaysia kena bertahan..safee sali di'injured' kn..

Safee dh ok..Spore main long pass plak..cis..Spore diving..seb bek ✗kena card..

Malaysia susun serangan..mula seimbangi game..apa Spore ni suka main diving² neh..nk main g ar kt kolam renang..free kick lg..minit ke 20..

Spore gol..2-1..gol free kick..set piece..lg skali keeper Malaysia ✗bergerak..

Malaysia lancar serangan..apa pyokong Spore ni asyik boo² jer..serius Spore manyak diving ar..boring ar..

Arghh..dem..Malaysia hampir gol..dem..placing jer td..jgn shoot la..kalo safee sali tu dh tentu gol..ismail farouqi ni la..

Spore cam ssh nk masuk gak..tp still risau dgn defense Malaysia neh..seram sehh!!..

Malaysia kena yellow card..sbb mcederakan player Spore..Spore control game lg..tp nmpak lbh seimbang..

Spore gol lg..arghh..apa defense Malaysia..lemah²..keeper pn..sama..Spore 3-1 Malaysia..

Spore gol lg..4-1..defense n keeper makin lemah ar..bila kt hujung² waktu or waktu kecederan..arghhh..kamon Malaysia..finish 1st half..

Priiitttt.. 2nd half dh mula..kita tgk apa percaturan k.rajagobal pasni..Malaysia mula seimbangi game..Malaysia nmpak cam lbh yakin jer..

Alamak..syafiq kena tgglkan armband..keptan Malaysia red card 10-11..adeh..game kt Malaysia nnt..syafiq ✗leh main gak..kena gantung 1 game..

Fair!! 10 v 10..Player Spore pn kena red card..double yellow card..defender..game lbh seimbang..

Malaysia byk masuk guna winger..gunalan..gunakan speed..safee dgn gunalan gerakan serangan Malaysia ke ats spore..

Malaysia kena asak lg..ngeri btol..rs mcm nk masuk jer dlm tv neh..g main jd defend..haha..

Gollll..Malaysia menjaringkan gol..merapatkn jurang..hadi yahya..2-4

Golll lg..safee sali menjaring gol..selang seminit pas gol kedua..alhamdulillah..Malaysia 3-4 Spore..amboi..kuatnya jiran aku neh menjerit..

Malaysia mengasak..yeah..game smakin rancak..Malaysia smakin smgat..

Game makin seimbang..fuhh..hati wahai petahanan Malaysia..seram dowh..kalo cmni smpai abih pn ok..kalo seri lg ok..kalo mng lg² la ok..hehe..

Spore gol..kedudukan 5-3..arghh..Malaysia masih mengasak..harap 3gol ni bleh bt bekalan kt stadium Bkt Jalil nnt..

Wisel penamat..5-3..jmp kt Malaysia..Stadium Nasional Bkt Jalil..Malaysia perlu mng 2-0 utk layak ke pusingan seterusnya..

Gudluck for Malaysia!!
Malaysia boleh!!
Yeah!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 22 July 2011

Apa tu Bersih 2.0??

Tuntutan Bersih

1. Bersihkan senarai undi

Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan pengundi hantu seperti orang yang telah meninggal.

Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan! kakitan gan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


p/s : bg wa la..✗da masalah dgn tuntutan bersih..✗berat mana² pihak..sgt bagus kerana ia memperbaiki sistem pilihanraya dan menyuburkan demokrasi di Malaysia..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Malaysia kalah gol tipis dgn Chelsea

Malaysia XI..ada 3kali perlawanan friendly dgn Arsenal, Liverpool dan Chelsea..dgn Arsenal and Liverpool, Malaysia menurunkan skuad kelayakan piala dunia..skuad Harimau Malaya..manakala dgn Chelsea, Malaysia menurunkan skuad harimau muda & campuran pemain liga super..
Perlawana dgn Arsenal..Malaysia kena 4-0 and dgn Liverpool plak..6-3..apa pn syabas kpd pasukan negara kerana telah mengharungi friendly tersebut..
Suma game tampak ok..Malaysia bpeluang menyerang..kecuali dgn Arsenal, Malaysia kurang menyerlah..apa yg mgecewakan game dgn Liverpool, kelekaan bahagian pertahanan menyebabkan Malaysia dibolosi 6 goal..apa pn suma tu friendly..medium utk menguji pasukan masing²..
Yg Malaysia mempersiapkan skuadnya utk menempuhi perlawanan² kelayakan piala dunia..manakala Arsenal,Liverpool and Chelsea pula perlawanan ini dijadikan sbgai pemanas badan and mncari ramuan bg mghadapi siangan EPL 2011/12..
Apa² pn diharapakan dgn perlawanan friendly yg dia adakan ini dpt mematangkan lg dan menaikan lg smgt stp pemain..

Wslm...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 20 July 2011

Tukar nama dan jantina pada ic

Haa..ni la gambar aleesya/ashraf..aish..✗taw nk kata apa dh..ni pn wa amik kt blog org..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone