Friday, 9 August 2013

Raya & PES

Apa tu PES? PES ni game bola. Nak tau lanjut tanya pak cik gugel. Apa tu Raya? Raya kalau tau lagi meh aku luku pala. Bila raya sedara balik kampung kumpul reramai. Buat league main PES. Best. Kalau dulu guna PS3. Tapi lepas PS3 dah lingkup. Kami guna laptop ja. Beli joystick, wayar HDMI, install PES. Dan siap. Boleh lawan PES. Ini la acara tahunan raya kami. Apa pun SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, 26 June 2013

Organisasi Futsal

Assalamualaikum..

Dalam pasukan futsal pun ada geng-geng. Terdiri daripada geng pengurusan, geng veteran@senior & geng junior. Geng junior ni takda masalah sangat. Geng pengurusan vs geng veteran. Masing2 ada pendapat masing2. Seb bek aku leh handle ketidakpuasan hati ni. Kena win2.

Sent from my Windows Phone

Sunday, 9 June 2013

Frenly Sang Harimau Malaya.

Bila kalah itu eksperimen, bila menang "saya kenal pemain saya". Tak gitu King Gopal??

Frenly kalah dgn kelab part time Australia. 2-3 Divisyen 2. Jangan malu. Anggap saja ini eksperimen dan Harimau Malaya dah jadi tikus lab Malaya, lol. Lagi pun ranking tak penting. Yang penting gaji taip2 bulan kan King. :p.

Indonesia, negara jiran dapat lawan Belanda mungkin kesan penjajahan silam, mempunyai hubungkait sampai la ni. Kalau camtu Malaysia penah dijajah Portugal, mintak frenly. Boleh tengok CR7 secara live. Eh tp Portugal jajah Melaka. That's mean Portugal vs Melaka la ye idok?? Mana kedudukan Melaka dalam peta liga super, liga perdana. Eh ada dlm peta liga FAM lah. Macam mana Versus tu?? Buat band music masuk rancangan "Versus" jelah. Haha..



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Piala Konfederasi Brazil 2013. Harimau Malaya main?? Memang tak laaaa..

Piala Konfederasi Brazil 2013:

Brazil (Tuan rumah)
Spain (Juara Piala Dunia)
Italy (Naib Juara Euro)
Uruguay (Juara America)
Mexico (Juara Concacaf)
Nigeria (Juara Afrika)
Japan (Juara Asia)
Tahiti (Juara Ocenia)

Depa ni juara benua depa akan mewakili setiap benua memasing. Except Brazil & Italy. Kes Italy disebabkan Spain Juara dunia & Euro, so ini memberi peluang kepada Italy yang menjadi naib juara Euro mewakili Zon Eropah. Brazil plak tuan rumah. Haaa kalau cup ni buat kat Malaysia baru la Harimau Malaya main..atas kapasiti tuan tanah kedaung, tuan rumah..

p/s : wa sokong mana?? wa sokong mana international yg ada gunners.. COYG. Ala maklum la EPL cuti panjang bro. Tak best bro..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Blog bersawang, lulz. Jom buang sawang tersebut.

Lama gila tak berbelog, eh gila lama tak berbelog. Asyik pekena cool blog, sampai blog iwakwadik pun tak buka2. Hahaha. Bukan hilang password ke apa, tapi mmg tak update. Skang dh kurang berbelong. Bukan kata berbelong, tweeting, mukabukuting pn dh kurang update. 1st sbb busy kelahiran putera sulung a.k.a my hero. Muhammad Fahim Rizqy. 2nd dgn PRU 13, 3rd sibuk menguruskan pembelian rumah baru. Semua2 ni gabung tu yg alpha nak berbelong. Nevermind selagi nyawa dikandung badan, tenet dikandung device. Sempat update. Adios dulu..



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, 19 December 2012

Pergaduhan Kaum di River Farmer..

Kecoh baca kat twitter n facebook pasal kes pergaduhan kaum kat Sg. Petani. Macam - macam komen yang aku baca. Ada yg doa, ada yang maki hamun, ada yang jadi tukang 'nasi tambah'. Macam - macam ada. Dari aku baca tweet PDRM n fb PDRM sumanya okay. Keadaan terkawal n polis masih dalam siasatan. Tapi yang aku tak tahan wartawan - wartawan yg tak bertauliah duk sebar khabar angin melalui media sosial. Kalau macam ni, benda kecik pun boleh jadi besar. Pastu sebar benda yang kita tak tau kesahihan pun boleh jatuh fitnah nnt. Stop la sebar khabar angin. Buat keja yang berfaedah sikit. Okay..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Lelaki Disyaki Dera Kanak-Kanak Ditahan

ALOR SETAR – Polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sehingga mati di Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V Saravanan berkata suspek ditahan pukul 3 pagi selepas polis mempunyai bukti kematian Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar akibat didera.

Hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati selain kesan lebam pada anggota badan dan kesan cubitan pada kemaluan, ususnya juga cedera teruk manakala pankreas putus, katanya kepada pemberita, di sini.

Dalam kejadian semalam, Muhammad Faiz yang dijaga teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini, dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ke sebuah klinik berhampiran namun disahkan meninggal dunia.

Menurut ibu mangsa, Norhafiza Othman, 25, ketika kejadian beliau sedang bekerja di sebuah restoran di Jalan Pegawai di sini dan meminta teman lelakinya itu menjaga kanak-kanak berkenaan pada pukul 12 tengah hari. – BERNAMA


p/s : Teruknya bf mak dia !! Teruk lagi mak dia !!


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network